Monday, December 8, 2008

HPA Di Bumi New Zealand

HPA menerusi anak syarikatnya, HPA Ilham Holidays telah berjaya mengadakan
pakej lawatan ke New Zealand baru-baru ini. Seramai 50 peserta terbabit
dalam lawatan ke negara kiwi ini. Mereka terdiri daripada Pengarah-pengarah
Jati, Pegawai-pegawai Kanan HPA, ahli keluarga pemimpin dan juga
pengedar-pengedar terpilih.

Sebahagian PJS KPU bergambar di Whakarewarewa Thermal Village

Masjid terbesar di Auckland

Abg Aziz yang menyediakan juadah sepnjang di NZ.
Berasal dari Alor Setar, bersama keluarga berpindah ke NZ sudah 10 tahun, beliau juga pemandu pelancong

Sebahagian peserta adalah pemimpin-pemimpin yang telah menerima anugerah
insentif HPA untuk lawatan ke negara-negara Asia Ocenia. Antara Pengarah Jati
Setia (PJS) dari Kelab Pemimpin Utara (KPU) yang turut serta ialah PJS Mohd
Nadzri Ahmad, PJS Normah Zainol, PJS Sharifah Sulaiman, PJS Ahmad Suberi Murad,
PJS Nor Hyzad, PJS Mohd Asri Hanapiah dan PJS Aseniah Badri.

PJS Mohd Nadzri Ahmad bersama isteri tercinta, PJS
Norma Zainol

Antara panglima PJS yang turut serta


Sepanduk HPA di bumi New Zealand

Restoran Melayu milik Abang Aziz (sepupu PJS Mohd Nadzri) di Auckland

Lawatan selama 7 hari 6 malam ini banyak memberi manfaat kepada peserta-peserta.
ia bukan sahaja memberi peluang untuk melihat dan menyaksikan keindahan negara
orang, malah juga dapat melihat akan kehidupan dan kedudukan umat Islam di
negara ocenia.

No comments: